Input your search keywords and press Enter.

Bekalan elektrik Argentina, Uruguay pulih selepas 48 juta orang bergelap

M Update, 17/06/2019 – Perkhidmatan elektrik dipulihkan di seluruh Argentina dan Uruguay susulan insiden bergelap besar-besaran yang menyebabkan 48 juta orang tanpa bekalan kuasa semalam, kata pihak berkuasa.

Pemotongan itu yang bermula sejurus jam 7 pagi turut menyebabkan bekalan elektrik tempatan terputus seketika di Paraguay namun tidak menjejaskan Tierra del Fuego di selatan Argentina kerana rantau itu tidak termasuk dalam rangkaian bekalan nasional.

Episod bergelap itu kali pertama menjejaskan majoriti penduduk Argentina yang berjumlah lebih 44 juta orang dan seluruh Uruguay dengan 3.4 juta penduduk.

“Ini adalah kegagalan yang berlaku walaupun dengan ketekunan. Perkara menakjubkan ialah ia menyebabkan rentetan bekalan elektrik terputus sepenuhnya,” kata Menteri Tenaga Argentina Gustavo Lopetegui dalam sidang media.

Katanya, insiden itu berlaku secara automatik bagi melindungi sistem.

“Kami tidak banyak maklumat ketika ini bagaimana ia berlaku. Kami tidak menolak sebarang kemungkinan namun serangan siber bukan alternatif utama yang dipertimbangkan,” katanya.

Argentina dan Uruguay memiliki grid kuasa yang bertumpu di empangan Salto Grande, sejauh 450 kilometer di utara ibu kota ini. -AFP

Leave a Reply