Input your search keywords and press Enter.

Isu Kepadatan Murid Di SK Cyberjaya Harap Ada Penyelesaian

M Update, 15/03/2024 – Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sedang ditangani menerusi beberapa langkah antaranya penyuraian murid ke beberapa sekolah berdekatan dan pembinaan SK Cyberjaya (2) yang dijangka siap pada 2028.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Rolling Plan 3 (RP3) telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.

Sekolah baharu ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepatkan proses pembinaan. SK Cyberjaya (2) dijangka siap pembinaannya pada 2028 – KPM

Selain itu, penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa sekolah berdekatan serta kelulusan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan pula merupakan penyelesaian jangka pendek yang sedang dilaksanakan.

Selain itu, KPM turut mempunyai perancangan masa hadapan bagi mengatasi isu kepadatan murid di Cyberjaya.

Ini termasuk menerusi pembinaan sekolah menengah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dimohon dalam RMK13 RP1 Tahun 2026, pada tahun ini.