Input your search keywords and press Enter.

5 maut, 40 cedera serangan bom nekad di majlis kahwin

M Update, 12/07/2019 – Sekurang-kurangnya lima maut dan 40 lagi cedera dalam serangan dilancarkan pengebom nekad yang berjalan kaki di satu majlis perkahwinan di wilayah Nangarhar di timur Afghanistan hari ini.

Jurucakap gabenor Nangarhar, Atahullah Khogyani, berkata lelaki berkenaan menghidupkan peranti letupan di dalam rumah komander militia prokerajaan di

daerah Pacheragam.

Khogyani berkata, 40 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dan penduduk tempatan berkata, 10 terbunuh dalam kejadian itu.

Militia prokerajaan selalu bekerjasama dengan tentera Afghanistan untuk menghalang wilayah negara itu jatuh ke tangan Taliban dan Daesh.

Bulan lalu, militan Taliban membunuh 26 anggota militia prokerajaan di utara Afghanistan.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab di atas serangan di majlis perkahwinan itu tetapi Daesh kerap melancarkan siri pengeboman nekad dan serangan ke atas pejabat kerajaan, sekolah dan kumpulan bantuan sejak beberapa tahun ini. —Reuters

Leave a Reply