Input your search keywords and press Enter.

Angka rasmi kematian akibat perang dadah Filipina 5,526 orang

M Update, 19/07/2019 – Berdepan siasatan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam perang dadah, Filipina mendedahkan angka kematian baharunya hari ini bagi membalas jumlah lebih tinggi yang dikemukakan pengkritik.

Namun kumpulan hak asasi menuduh kerajaan menggunakan data separa untuk mengelirukan dan berkata, walaupun angka rasmi lebih 5,500 terbunuh dalam operasi dadah polis jauh lebih tinggi, perlu ada penjelasan sewajarnya untuk setiap kematian.

Pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte mencabar angka kematian aktivis dalam perang dadah yang meningkat sehingga 27,000 orang.

Menggunakan hashtag #TheRealNumbersPH, pihak berkuasa dalam sidang media memaklumkan, 5,526 ‘personaliti dadah’ maut dalam operasi anti-narkotik antara 1 Julai 2016 dan 30 Jun 2019. Angka itu kurang daripada jumlah diberikan polis dengan lebih 6,700 kematian.

“Jumlah sebenar adalah angka yang disahkan,” kata Marie Rafael, seorang pegawai pejabat presiden kepada media.

Perang dadah itu berdepan penelitian sejak Majlis Hak Asasi Manusia PBB menerima resolusi seminggu lalu untuk menyiasat pembunuhan.

Kerajaan menolak tuduhan penderaan sistematik termasuk hukuman mati, bukti yang diletakkan dan laporan dipalsukan.

Ketua UNHCR, Michelle Bachelet berkata bulan lalu, malah angka rasmi ‘adalah isu kebimbangan paling serius untuk mana-mana negara.’

Sesetengah anggaran tinggi itu berdasarkan laporan rasmi 2017 berkaitan ‘Pencapaian Penting’ pentadbiran Duterte yang termasuk 16,355 kes homisid dalam siasatan di muka surat sama ketika hampir 4,000 maut dalam operasi polis ketika itu.

Kemudian tahun lalu, Mahkamah Tinggi meminta kerajaan menjelaskan lebih 20,000 kematian dalam perang dadah. -Reuters

Leave a Reply