Input your search keywords and press Enter.

Sebak…Pengorbanan Seorang Guru

M Update, 4/4/2019 – Mengabdikan diri untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa menjadi fokus utama setiap insan yang bergelar guru.

Tanpa mengira penat dan lelah, amanah yang dipikul sentiasa dijalankan demi murid-murid tersayang.

Terbaharu, foto seorang guru, Shahrul Nizam Hussin yang sedang memeriksa kertas peperiksaan di atas katil di sebuah wad tular di laman Twitter.

Dimuat naik oleh Khairunnisa Wae Arsi, 18, dia berkata gurunya itu dimasukkan ke Hospital Gerik, Perak, sejak Khamis lalu kerana penyakit diabetes.

Paparan skrin perbualan dalam group WhatsApp Khairunnisa dengan rakan-rakan sekolahnya.

“Dia cikgu sekolah rendah saya. Dapat gambar tu dari group WhatsApp sebab rakan sekolah kami pun dimasukkan ke wad sama.

“Kawan tu sakit buah pinggang, kebetulan katil dia bersebelahan dengan cikgu Nizam. “Memang sedih tengok gambar tu, dulu dia tak kurus macam tu. Bila sakit, dia masih utamakan murid. Sedih tengok pengorbanan cikgu,”

Jelas gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, guru berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital, pada Selasa.

Bagaimanapun dia bersama rakan sekolah rendahnya sempat menziarahi cikgu Nizam, pada Ahad lalu.

Semoga Cikgu Nizam terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam mendidik anak bangsa.

Kredit : Mstar

Leave a Reply