Input your search keywords and press Enter.

Dipanah cinta pramugari

M Update, 23/07/2019 – Jatuh hati dengan pramugari yang tidak membalas layanannya, seorang lelaki berusia 65 tahun membuat panggilan bom palsu untuk memastikan wanita itu tidak meninggalkan Serbia.

Menurut The Metro, suspek tempatan itu menemui dua pramugari penerbangan berkenaan dan mengajak mereka makan malam, namun ditolak.

Dia memberitahu mahkamah terlalu meminati seorang daripada mereka malah cuba menjejak hotel penginapan wanita itu.

Apabila gagal, dia mengambil tindakan drastik untuk memastikan wanita itu tidak meninggalkan Serbia.

Susulan itu, suspek membuat panggilan bom palsu sejurus sebelum pesawat berlepas dari Belgrade ke Frankfurt pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa mengarahkan 130 penumpang dan lima anak kapal keluar daripada pesawat.

Penerbangan itu tergendala lapan jam akibat kejadian itu.

Polis berjaya menjejak lelaki itu sebelum dia ditahan beberapa hari kemudian.

Susulan itu, kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *