Input your search keywords and press Enter.

Aktiviti Mencuri Tenaga Eletrik , TNB Rugi 3.2 Juta

M-Update ~ Kuantan- Sebanyak 33 premis diserbu Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki melakukan aktiviti pengusikan ke atas peti agihan tenaga eletrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin sehingga menyebabkan TNB mengalami kerugian RM3.2 Juta.

Siti Sara Johana Mohd Said yang merupakan Pengurus Besar (Penjangkaan) Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB berkata hasil risikan daripada pihaknya mendapati premis-premis tersebut menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin itu sejak 6 bulan lalu.

Hasil serbuan dapat mengumpul bahan bukti daripada 23 permis makala lebihan 10 premis yang dapat menghidu kedatangan TNB telah menghapuskan bahan bukti.

Serbuan Ops Bitcoin yang melibatkan 30 pasukan khas dan lima anggota Jabatan Perkhidmatan Keselamatan TNB menggunakan waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menyerbu 33 premis tersebut.

Aktiviti perlombongan Bitcoin itu melibatkan penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi, menyebabkan mereka mencuri bekalan elektrik untuk mengurangkan bil dengan membuat sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata serbuan pertama TNB di Kampung Jaya Gading di sini mendapati premis Bitcoin itu yang tidak berpenghuni pada masa itu mencatat jumlah arus elektrik tidak bermeter sebanyak 1,500 Amp dan 3 Amp bermeter.

“Seperti yang kita lihat, arus 3 Amp bermeter itu hanya digunakan untuk satu lampu dan kipas sedutan…mereka bayar bil sebanyak RM219, sementara arus 1,500 Amp tidak bermeter yang digunakan sepatutnya dibayar RM108,000 sebulan,” katanya.

“Tuntutan bayar balik ke belakang akan dikenakan kepada pemilik akaun premis. Banyak pemilik tidak berpuas hati kerana tidak mengetahui aktiviti Bitcoin yang dijalankan di premis mereka,” katanya.

Beliau berkata Suruhanjaya Tenaga menyeru pemilik premis agar memberi perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan serta membuat pemindahan akaun sementara kepada nama penyewa. 

Mata wang kripto itu membolehkan individu memindahkan nilai antara satu sama lain dan membayar bagi barangan dan perkhidmatan tanpa melalui bank-bank dan sistem kewangan arus perdana, namun ia tidak sah di Malaysia.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti Bitcoin di sekitar kawasan masing-masing untuk menghubungi TNB Careline di talian 1300885454 atau menerusi e-mel tnbcareline@tnb.com.my

Leave a Reply