Input your search keywords and press Enter.

Terbaik PPM & KPDNHEP

M Update, 9/8/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggagalkan tiga cubaan menyeludup keluar barang kawalan di perairan Laut Pelabuhan dan Laut Sungai Haji Kuning Rabu lepas.

Dalam operasi bersepadu itu, dua bot laju (penambang) dan sebuah bot jenis jongkong ditahan kerana membawa muatan barang kawalan iaitu empat tong gas jenama Petronas, dua tong gas jenama MyGaz dan 120kg gula jenama Prai.

Hasil pemeriksaan terhadap dua juragan tempatan dan seorang juragan warga Indonesia, yang berumur 33 hingga 63 tahun, mereka gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada pihak KPDNHEP atas kesemua barang kawalan yang dibawanya.

Kesemua juragan ditahan dan bot serta barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Dalam operasi yang sama, Mohamad Pajeri berkata seorang wanita Filipina berumur 28 tahun ditahan kerana disyaki seorang penagih dan pengedar dadah.

Wanita tersebut dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk siasatan lanjut.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *