Input your search keywords and press Enter.

Polis memburu seorang lelaki tunggang Zirafah

M Update, 01/08/2019 – Polis memburu seorang lelaki selepas satu rakaman video yang tular menunjukkan dia memanjat pagar sebelum menunggang seekor zirafah di sebuah zoo di Kazakhstan.

Mirror Online melaporkan, satu video yang tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai mabuk memanjat pagar kandang zirafah di Zoo Shymkent di bandar Shymkent.

Lelaki itu kemudiannya dilihat menggosok leher seekor zirafah yang berdiri di tepi pagar sebelum suspek terus memanjat dan duduk di belakang haiwan berkenaan.

Zirafah itu yang kelihatan tidak menyedari lelaki itu berada di belakangnya dilihat berjalan menjauhi pagar.

Beberapa saat kemudian, lelaki itu menepuk leher zirafah itu menyebabkan ia terkejut dan terus berlari ke depan menyebabkan suspek jatuh ke tanah.

Lelaki itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan terus memanjat pagar untuk keluar dari kandang dan melarikan diri sebelum sempat ditangkap petugas zoo.

Leave a Reply