Input your search keywords and press Enter.

Feri Terbakar Di Indonesia

M Update, 13/09/2019 –  Seramai empat maut manakala hampir 36 lagi hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar di luar pulau Jawa, Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini.

Feri itu dalam perjalanan dari bandar kedua terbesar di Surabaya ke Balikpapan di Kalimantan bersama 277 penumpang apabila terbakar malam semalam, menurut polis.

Imej televisyen hari ini menunjukkan asap hitam tebal keluar dari feri ketika pasukan penyelamat mencari penumpang hilang selepas sejumlah besar diselamatkan.

Jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera mengesahkan hari ini, sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden itu dan puluhan lagi hilang. -AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *