Input your search keywords and press Enter.

Tahniah Fattah Dan Fazura

M Update, 2/10/2020 – Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan swasta, hari ini.

Fazura berkongsi berita gembira itu di Instagramnya (IG) sebentar tadi, memaklumkan dia dan bayinya, berada dalam keadaan sihat. Fazura juga memaklumkan, buat masa ini, mereka belum bersedia untuk mendedahkan wajah serta nama bayi mereka. Melalui entri itu, Fazura merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan dirinya, suami dan anak mereka

“Assalamulaikum, syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” luahnya.

“Di sini, kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW… Insya-Allah. – Fazura