Input your search keywords and press Enter.

Malang Seorang Pencuri

M JUpdate, 25/09/2019 – Malang nasib seorang pencuri apabila ditangkap orang ramai dan diikat pada tiang lampu sebelum dibelasah kerana mengikat dan merompak seorang pemilik kedai wanita di Buenos Aires.

Dua lelaki berusia 35 dan 41 tahun itu dilaporkan memecah masuk ke kedai wanita terbabit sebelum merampas kunci rumah dan menceroboh rumahnya pula.

Bagaimanapun, suami mangsa yang berada di rumah sempat menjerit meminta bantuan menyebabkan seorang daripada suspek berjaya ditangkap, lapor Daily Mail.

Rakaman menunjukkan sekumpulan orang mengerumuni seorang suspek yang berdarah akibat kecederaan di kepalanya malah darahnya turut memercik ke jalan apabila dia dibelasah.

Seorang polis wanita dilihat berusaha mendapatkan bantuan sambil menggari suspek pada tiang lampu itu, malah cuba melindungi lelaki terbabit daripada terus dibelasah.

Bagaimanapun, kumpulan itu terlalu besar dan seorang lelaki dilihat menendang perut suspek manakala seorang lagi menampar kepalanya menyebabkan dia rebah.

Suspek kedua dilaporkan ditahan berhampiran, lapor media tempatan.

Dua rakan itu kini disiasat kerana cubaan merompak dan menyebabkan kecederaan selepas wanita terbabit mengalami kecederaan ringan di kepalanya, manakala suaminya luka selepas memecahkan tingkap untuk mendapat bantuan.

Leave a Reply