Input your search keywords and press Enter.

Data MPOB menunjukkan niaga hadapan sawit KUKUH

M-Update ~ Berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran yang positif iaitu menaik untuk ditutup kukuh bagi September.

Peningkatan itu disokong oleh jangkaan bahawa pengeluaran mungkin lebih rendah pada September. Paras sokongan pada RM2,100 dan rintangan pada RM2,250 bagi satu tan akan ditetapkan.

Bagi penutupan pasaran pula, kontrak hadapan MSM untuk bulan Oktober 2019 dan November 2019 masing-masing naik RM14 kepada RM2,118 dan RM2,138 satu tan.

Sementara itu, Disember 2019 meningkat RM15 kepada RM2,175 dan Januari 2020 bertambah RM12 kepada RM2,218 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 38,191 lot daripada 24,447 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 228,649 kontrak daripada 215,764 kontrak.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan naik RM15 kepada RM2,125 satu tan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *