Input your search keywords and press Enter.

Kes LTTE: Jaminan 2 ADUN, CEO Ditolak

M Update, 18/12/2019 – Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini menolak permohonan jaminan tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berhubung pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada November 2018.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu terhadap ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, 60; ADUN Gadek G Saminathan, 34, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S Chandru, 38.

Elesebet dalam penghakimannya menjelaskan, antara sebab permohonan ditolak adalah tuduhan berkaitan keselamatan negara, selain pembelaan gagal menimbulkan merit dan keadaan khas mengapa jaminan diperlukan oleh semua tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muzila Mohamed Arsad dan Hayatul Wirdah Mohd, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Ramkarpal Singh. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *