Input your search keywords and press Enter.

JPJ : Urus Niaga Pendaftaran Nombor Khas Kenderaan Sehingga 31 Disember Ini

Gambar Hiasan

M Update, 19/12/2019 – Segala urus niaga berkaitan pendaftaran nombor khas kenderaan perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, selepas tarikh berkenaan, tiada sebarang penjualan dan pendaftaran nombor khas kenderaan akan dibenarkan.

Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan daripada sebarang masalah sewaktu proses pendaftaran.

Katanya, pihak berkenaan telah diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjual dan menguruskan nombor pendaftaran khas itu sejak kelulusan diberikan pada 2010.

Sejak 2010, JPJ telah meluluskan nombor pendaftaran khas kepada beberapa persatuan, yayasan, syarikat, badan-badan kebajikan dan agensi kerajaan, antaranya SAS 2-9999, PATRIOT 1-9999, RIMAU 1-9999, NBOS 1-9999 dan NAAM 1- 9999. – SH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *