Input your search keywords and press Enter.

Selamat Kembali Ke Sekolah

M Update, 10/1/2022 – Semalam bermula sesi persekolahan penggal ketiga bagi pelajar-pelajar kumpulan A, manakal hari ini bagi pelajar-pelajar kumpulan B. Para pelajar bersemangat untuk kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas selain bertemu guru dan rakan-rakan.

Ibu bapa juga memberikan reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas yang dijalankan secara dalam talian sebelum ini.

Rata-rata ibu bapa gembira dan setuju dengan pembukaan sekolah kali ini selepas melihat anak-anak mereka melalui tempoh sukar sepanjang belajar secara dalam talian.

Diharapkan semua pihak termasuk ibu bapa, pelajar, guru dan pihak sekolah mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengelak penularan wabak COVID-19.