Input your search keywords and press Enter.

Ahli Lembaga Pengarah UDA Positif Covid-19

Gambar Hiasan

M Update, 2/3/2020 – UDA Holdings Berhad (UDA) mengesahkan bahawa seorang Ahli Lembaga Pengarah disahkan positif Covid-19.

UDA dalam kenyataan hari ini berkata, individu terbabit sudah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif, baru-baru ini. Individu berkenaan dimaklumkan dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Berdasarkan perkara itu, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit. UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UDA turut komited menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan kes ini khususnya dalam kalangan warga kerja UDA. Usaha ini diambil demi mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan. Langkah pencegahan turut diperkemaskan di UDA termasuk di bahagian anak syarikat seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak ini.

Pihak pengurusan UDA turut menegaskan bahawa tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa. Pihak AHKL juga mengambil langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk kerja sanitize seluruh kawasan hotel. Pihak UDA dan AHKL juga akan terus mengamalkan langkah proaktif itu dari semasa ke semasa. – HM Online

Leave a Reply