Input your search keywords and press Enter.

SPA Guna Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 Mulai 28 September

M Update, 25/9/2020 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) mulai 28 Sept ini.

SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu mendaftar semula untuk SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baharu.

Pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 portal SPA untuk memohon jawatan, katanya. – Bernama