Input your search keywords and press Enter.

Harga Pelitup Muka RM0.70 Sekeping Bermula 1 November

M Update, 27/10/2020 – Harga maksimum pelitup muka tiga lapis jenis pembedahan dan perubatan di peringkat borong dan runcit, masing-masing akan diturunkan kepada RM0.70 sen daripada RM1 sekeping, berkuat kuasa awal bulan depan.

KPDNHEP membuat kajian semula harga pelitup muka yang membabitkan pengeluar tempatan dan pengimport selepas mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu terutama penggunaan pelitup muka secara berterusan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Bagi harga maksimum peringkat borong, harga diturunkan daripada RM0.95 kepada RM0.65 seunit, manakala di peringkat runcit ia membabitkan penurunan harga daripada RM1 kepada RM0.70 seunit. Harga baharu ini akan berkuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bermula pada 1 November 2020.