Input your search keywords and press Enter.

Presiden FIFA, Gianni Infantino Positif COVID-19

M Update, 28/10/2020 – Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino disahkan positif COVID-19, umum badan induk bola sepak dunia itu.

Infantino, 50, didapati mempunyai gejala dan akan menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

Semua mereka yang mempunyai kontak dengan Presiden FIFA sepanjang beberapa hari lalu sudah dimaklumkan mengenainya dan diminta untuk mengambil tindakan susulan,” kata badan induk berkenaan lagi.

“FIFA mendoakan supaya Infantino segera sembuh,”.

Kali terakhir Infantino tampil di tempat awam adalah pada Sidang Kemuncak Pematuhan FIFA yang berakhir 16 Oktober lalu dengan semua peserta hadir menerusi persidangan video. – AFP/BH Online