Input your search keywords and press Enter.

Selepas Manchester United, Liverpool Beri Peluang Kepada Burnley Pula

Penyerang Burnley, Ashley Barnes (dua dari kiri) menjaringkan penalti ketika saingan Liga Perdana berdepan Liverpool di Anfield.

M Update, 22/01/2021 – Rentetan 68 perlawanan tanpa tewas Liverpool dalam Liga Perdana di Anfield ditamatkan penalti lewat permainan Ashley Barnes yang memberikan pasukan bergelut, Burnley kemenangan 1-0 sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini gagal menang dalam lima perlawanan liga berturut-turut yang menyaksikan usaha mereka mempertahankan gelaran semakin sukar apabila kekal enam mata di belakang pendahulu, Manchester United di tangga keempat.

Burnley memulakan perlawanan hanya satu tempat di atas zon penyingkiran tetapi diberikan peluang besar apabila Barnes dijatuhkan Alisson Becker tujuh minit sebelum tamat dan kemudian menewaskan penjaga gol dari Brazil itu menerusi penalti.

Liverpool tidak merasai kekalahan dalam liga di Anfield sejak April 2017.

Sejak itu Reds menamatkan penantian 30 tahun untuk menang liga, namun peluang mereka untuk melakukannya sekali lagi semakin suram dengan persembahan buruk sejak sebulan lalu.

Selain kecederaan pemain buat tuan rumah, masalah jaringan gol juga menyumbang kepada prestasi Liverpool apabila gagal meledak dalam empat perlawanan liga berturut-turut.

Klopp membalas kemarau terpanjang Liverpool dalam Liga Perdana selama 16 tahun dengan menggugurkan penjaring terbanyak Mohamed Salah dan Roberto Firmino ke bangku simpanan.