M Update, 17/1/2019 – “Disinilah dimana saya nampak MH370 terhempas”kata seorang nelayan yang mendakwa melihat pesawat jatuh dia sempat merakamkan lokasi GPS pesawat itu menjunam.
“Pesawat tu macam pecah…tiada bunyi apa-apa, cuma kelihatan asap saja” katanya lagi.
Rusli Khusmin, 42 tahun bersama kru bot nelayannya mendakwa menyaksikan bencana itu pada Mac 2014. Beliau bersumpah atas dengan Al-Quran pagi semalam dan memberi bukti kesahihan pesawat itu terhempas. Koordinat GPS yang beliau rakamkan itu terletak di laut Sumatera, Indonesia akan diberi kepada pasukan penyiasat.
Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang hilang pada pagi 8 Mac 2014 tanpa dikesan. Peristiwa yang menggemparkan dunia itu masih menemui jalan buntu kepada setiap pihak yang menyiasat dan belum menemui jawapan hingga kini.
Pada sesi sidang akhbar semalam di Subang Jaya, Rusli mendedahkan bukti lokasi dengan alat GPS dan memberikan alat GPS itu kepada pihak penyiasat.
“Saya melihat pesawat itu seperti layang-layang terkoyak, ke kiri dan ke kanan. Tiada bunyi dan hanya asap sahaja. Ada juga bau seperti asid di udara sebelum pesawat itu menjunam ke dalam air” katanya lagi.
Rusli diterbangkan dari Indonesia untuk menghadiri sidang akhbar khas ini di Lake View Club, Subang Jaya.
Rusli kemudian menyerahkan data yang mengandungi bukti kepada CASSA, sebuah pertubuhan bebas Malaysia. Dr Jacob George, Presiden CASSA mengatakan secara rasminya bukti ini akan diberi kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selepas bertahun-tahun operasi carian pesawat hilang di lokasi yang ditentukan, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pencarian setelah menemui jalan buntu lokasi sebenar pesawat itu.
Terdapat banyak teori mengenai apa yang berlaku pada pesawat itu dan kehilangannya adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Bulan lepas, Profesor Martin Kristensen, seorang jurutera di Universiti Aarhaus di Denmark, menerbitkan analisis matematik data penerbangan, dan mendakwa pesawat itu turun berhampiran Pulau Krismas Australia. Berdasarkan pengiraan data itu, Profesor Kristensen mencadangkan zon carian baru dan mengatakan kebarangkalian untuk jumpa pesawat itu melebihi 90 peratus.
Sumber: Daily Mail