Input your search keywords and press Enter.

Aliff Shukri Hadir Beri Keterangan Di SKMM

M Update, 26/04/2022 – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aldilfitri.

Beliau tiba di perkarangan SKMM pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

“Maaf ya, saya kena masuk ke dalam,” katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi.

Kehadiran individu kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan. Beliau berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya hari ini.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan. – BH