Input your search keywords and press Enter.

Sindiket Pantau Penguatkuasa Guna CCTV

M Update, 17/1/2019 – Biasanya Penguatkuasa yang pantau sindiket tapi kalini mereka semakin berani apabila sindiket penyeludupan rokok, minuman keras dan migran menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) secara dalam talian yang diletakkan di atas pokok bagi memantau kawasan pendaratan mereka sekitar Pantai Timur Johor, sekali gus mengelak kehadiran pihak berkuasa.

Pasukan Polis Marin mengesan penggunaan peralatan canggih itu apabila melakukan serbuan di beberapa lokasi di Pantai Timur Johor.

Hasil pemeriksaan mendapati, sindiket berkenaan akan meletak CCTV di atas pokok dan ia memaparkan video secara langsung menerusi Internet seperti yang digunakan di pejabat atau di rumah selain mereka juga masih menggunakan khidmat tonto untuk memantau pergerakan pihak berkuasa.

PPM kini sedang giat menambah baik dan meningkatkan prestasi anggotanya serta memperkasakan bahagian perisikan supaya serbuan boleh dibuat tepat pada masanya.

Kita harap anggota PPM mampu menjalankan tugas dengan berkesan terutama selepas bahagian risikan diperkasakan kelak.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply