Input your search keywords and press Enter.

Siasatan Kes Kematian Muhammad Adib

M Update, 18/1/2019 – Inilah yang seluruh rakyat Malaysia nantikan. Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim didengar di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Prosiding inkues itu akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner kira-kira 9 pagi.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember lalu.

Pada 10 Januari lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis sudah melengkapkan sepenuhnya siasatan kes kematian Muhammad Adib dan kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Bernama

Leave a Reply