Input your search keywords and press Enter.

Bonus Kepada Nelayan

M Update, 22/1/2019 – Nelayan di Terengganu bakal mendapat bantuan ‘one-off’ RM500 daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan bantuan ini kepada kira-kira 10,000 nelayan.

Bantuan ini bagi meringankan bebanan golongan itu terutama pada musim tengkujuh selain sebagai bonus kepada para nelayan. Kerajaan amat memahami masalah dihadapi nelayan yang tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh sedangkan banyak perbelanjaan keluarga yang perlu dilunaskan.

Terima kasih kerajaan kerana prihatin dan mengambil maklum masalah dihadapi nelayan di negeri ini yang tersepit dengan masalah kewangan, terutama pada musim tengkujuh apabila tidak dapat turun ke laut mencari rezeki.

Apa-apa pun dari segi dasar kerajaan negeri, memang kebajikan rakyat adalah keutamaan kita. Insya-Allah kita doakan yang terbaik – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply