Input your search keywords and press Enter.

Kereta Hancur Dilanggar Kereta Api

M Update, 22/1/2019 – Sebuah kereta api ekspres dari Bangkok ke Yala melanggar sebuah pacuan empat roda menyebabkan seorang wanita dan anak lelaki 10 tahun maut. Difahamkan wanita berusia 34 tahun itu sedang dalam perjalanan menghantar anak lelakinya itu ke sekolah di daerah Tambon Khanthulee, Tha Chana pada pagi Selasa.

Polis di stesen Tha Chana dimaklumkan mengenai kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi. Kemalangan berlaku di lintasan tanpa penghalang di jalan antara kampung Ban Tham Khao Chawala dan Ban Tham Namthip.

Menurut polis, wanita itu mungkin tidak menyedari bahawa kereta api ekspres itu sedang laju dan telah menyeret kenderaan mereka sepanjang 400 meter dari tempat lintasan.

Mangsa dikenali sebagai Weerawal Semrod dan anak lelakinya Manoonsak.

Kemalangan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api selatan di antara wilayah Chumphon dan daerah Hat Yai di Songkhla dan antara Surat Thani dan Bangkok tertangguh.

Sumber: Bangkok Post

Leave a Reply