Selain daripada memperkukuhkan hubungan dua hala, pelaburan asing juga amat dialu-alukan oleh Malaysia terhadap Austria. Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir mentakan bahawa banyak yang boleh ditawarkanm oleh Austria kepada Malaysia dan pada masa yang sama negara terebut merupakan pasaran yang amat bauk untuk produk tempatan.
Walaupun jumlah dagangan semasa tidak besar, namun ia masih merupakan pelaburan asing yang penting untuk Malaysia kerana pelaburan akan meningkatkan jumlah dagangan antara Malaysia dengan Austria. Sebagai contoh, Austria juga terlibat dalam projek kereta kabel Langkawi oleh itu, Malaysia berharap lebih ramai lagi warga Austria akan melancong ke Malaysia.
Disamping itu, Canselor Republik Austria Sebastian Kurz menyatakan bahawa Austria melihat banyak potensi besar dengan Malaysia dalam bidang tenaga dan infrastruktur dan beliau ingin meningkatkan hubungan dua hala dan ekonomi pada masa hadapan.
Sumber – Sinar