Input your search keywords and press Enter.

Malaysia tuan rumah Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya

M Update 23/1/2019 – Sidang Kemuncak Dunia mengenai Seni dan Budaya Kali Ke-8 ini akan berlangsung di ibu negara dengan Malaysia menjadi tuan rumahnya. Persidangan ini akan diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre pada 11 hingga 14 Mac akan datang. Dijangka lebih 70 buah negara akan turut serta dalam persidangan kali kedua diadakan di negara Asia selepas Singapura pada 2003.

Persidangan ini akan membincangkan mengenai pandangan baharu mengenai bagaimana budaya dan seni berputar, menyesuaikan diri sekali gus menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik bagi menjana dan memperkasa inovasi, kreativiti, pendidikan serta proses digitalisasi terhadap perubahan mansyarakat dan budaya. Objektif lainnya ialah untuk memberi inspirasi kepada peserta mengenai perubahan global dalam masyarakat, teknologi dan alam sekitar saling mempengaruhi budaya.

Persidangan ini bertemakan ‘Minda Mudah Alih : Budaya, Pengetahuan dan Perubahan’ itu bakal membariskan seramai 93 orang penceramah dan moderator terkenal di peringkat antarabangsa. Orang ramai khususnya pembuat dasar, penyelidik, pengurus dan pengamal seni budaya yang terlibat dalam industry kreatif dijemput menyertai siding kemuncak tersebut dan penyertaan boleh dilakukan secara atas talian.

Leave a Reply