Input your search keywords and press Enter.

Laporan kajian terowong dasar laut belum siap

M Update 28/1/2019 – Kerajaan negeri belum menerima laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang dibuat pemaju projek mega berkenaan, Zenith Construction Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri hanya akan menerima laporan akhir projek itu selepas ia disemak jurutera perunding bebas yang dilantik, iaitu HSS Engineers Bhd (HSS Engineers). “Kerajaan negeri belum terima lagi laporan akhir kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.

“Laporan akhir yang dimaksudkan adalah ia diserahkan kepada HSS Engineers untuk disemak, sebelum HSS Engineers menyerahkan kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita hari ini yang melaporkan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu sudah lengkap dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri sebelum ia dimuktamadkan.

Memetik sumber yang terdekat dengan kemajuan Pelan Induk Pengangkutan (PTMP) Pulau Pinang itu, portal berita terbabit turut memberitahu laporan berkenaan kini sedang diperiksa oleh jurutera perunding bebas. – BH Online

Leave a Reply