Input your search keywords and press Enter.

Pembatalan ECRL

Pada 26 Januari lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC bagi projek ECRL yang digantung pada Julai 2018. Keputusan itu diambil setelah meneliti semula kos dan mendapati ia terlalu besar serta di luar kemampuan kewangan kerajaan buat masa ini.

Bagaimanapun, kenyataan Mohamed Azmin itu mengejutkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berpendapat beliau mungkin tidak dimaklumkan mengenai keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat itu.

Menurut Guan Eng, status kontrak antara kerajaan dengan CCCC bagi projek ECRL sama ada dibatalkan atau sebaliknya hanya akan diketahui minggu depan. Pengumuman akan dibuat secara bertulis seperti mana diputuskan Kabinet sebelum ini.

Sekiranya pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai AS$20 bilion (RM81 bilion) yang diterajui China Communications Construction Group Ltd. (CCCC) dilakukan, ia disifatkan sebagai kejutan negatif kepada sektor pembinaan. Tambahan pula kontrak yang bernilai kira-kira RM18 hiingga RM24 bilion akan lesap kerana 30 – 40% kerja dalam menjayakan ECRL akan diberikan kepada kontraktor tempatan.

Dengan pembatalan ECRL, syarikat yang bakal terjejas ialah HSS Engineers Bhd, Gabungan AQRS Bhd dan Lafarge Malaysia Bhd kerana kedua-dua syarikat tersebut telah menerima pakej ECRL sebelum ini.

Sumber-Utusan

Leave a Reply