Input your search keywords and press Enter.

Kini Masjid di Filipina Jadi Sasaran

M Update, 30/1/2019 – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam letupan bom di dalam sebuah masjid di selatan Filipina di Zamboanga awal pagi tadi, kata polis.

Ketika itu mangsa yang maut dan cedera sedang tidur di dalam masjid. Serangan berlaku pada saat krisis di Pulau Mindanao yang dilanda kekejaman puak yang tidak bertanggungjawab, yang mana pulau itu merupakan minoriti dikalangan Muslim Filipina.

Leonel Nicolas dari Pasukan Petugas Gabungan Tentera Bersama Zamboanga berkata, letupan masjid itu bukanlah tindakan balas terhadap pengeboman yang berlaku di selatan Filipina beberapa hari lalu.

“Kejadian itu sedang disiasat dan kami membantu orang yang cedera di Pusat Perubatan Bandar Zamboanga,” katanya. Tiada siapa yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Letupan masjid berlaku beberapa hari selepas serangan bom di Gereja Katolik yang membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan 100 orang cedera pada hari Ahad, dimana militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.  

Sumber: CGTN

Leave a Reply