Input your search keywords and press Enter.

Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama di Pantai Timur

M Update, 30/1/2019 – Terengganu terus bergerak ke hadapan apabila bakal menjadi pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre yang berlokasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang akan memulakan operasi pada Februari ini.

Pusat yang baru dibina oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan satu-satunya pusat bertaraf dunia yang ada di Pantai Timur.

Ini juga akan berfungsi sebagai tempat mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan laut dan udari di negeri sekitarnya termasuk, Pahang dan Kelantan.

Dengan adanya pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia tersebut, sudah tentu ia akan merancakkan lagi pembangunan dan industri pelancongan di negeri Terengganu.

Sumber: TeganuKita

Leave a Reply