Input your search keywords and press Enter.

Jalan Batang Kali-Genting Dijangka Dibuka Untuk Motosikal

Foto: FB Alexander Nanta Linggi

M Update, 23/12/2022 – Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang berlaku insiden tanah runtuh Jumaat lalu, dijangka dibuka untuk pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya kini sedang membuat pemantauan sebelum keputusan laluan itu dibuka kerana mahu memastikan laluan itu benar-benar selamat.

Katanya, sehingga kini pihaknya mengesan masih berlaku pergerakan bawah tanah antara 2 hingga 4 milimeter (mm) menyebabkan sehingga kini laluan berkenaan masih tidak selamat.

“Kita mendapat permintaan supaya laluan berkenaan dibuka kerana walaupun terdapat laluan alternatif, ia jauh dan mengambil masa.

“Setiap permohonan kita akan pertimbangkan dan kita jangkakan dalam tempoh seminggu lagi laluan berkenaan akan dibuka kepada pengguna motosikal sahaja.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Jambatan Kusial, di sini, yang mengalami runtuhan tebing di bawah jambatan itu akibat banjir pada Ahad lalu. – Berita Harian