Input your search keywords and press Enter.

Qatar Tempah Tiket Akhir ke Piala Asia 2019

M Update, 30/1/2019 – Qatar menempah slot ke saingan akhir Piala Asia 2019 buat kali pertama selepas menewaskan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 4-0 dalam aksi separuh akhir, awal pagi tadi.

Ini bermakna Qatar bakal berdepan Jepun dalam saingan akhir pada Jumaat ini.

Dalam perlawanan tersebut empat gol Qatar dijaringkan oleh Boualem Khoukhi pada minit ke-22, Almoez Ali pada minit ke-37, Hasan Khalid Al Haydos pada minit ke-80 dan Hamid Ismail ketika masa kecederaan.

Sumber: Utusan Malaysia, AFP

Leave a Reply