Input your search keywords and press Enter.

UEM Sunrise Komited Bina RMBJ

UEM Sunrise Bhd meneruskan komitmen dalam memacu membina projek pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) di Denai Nusantara. Pembinaan RMBJ tersebut merangkumi lima blok setinggi 12 tingkat dengan 1,109 unit dan 108 lot kedai setingkat pelbagai jenis perniagaan.

Selain pembinaan yang berkualiti, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan untuk keperluan komuniti setempat seperti dewan serbaguna, masjid, padang bola sepak, trek jogging, kawasan rekreasi untuk keluarga menjalankan aktiviti beriadah serta perkara yang paling utama iaitu pagar keselamatan.

Berlandaskan pengalaman luas dalam industry permbinaan bandar, kediaman dan permbangunan bersepadu, UEM Sunrise komited dalam membina rumah mampu biaya yang berkualiti dan kondusif demi keselesaan dan manfaat masyarakat. Oleh itu, UEM Sunrise sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri dalam memastikan pemilikan rumah bagi setiap lapisan masyarakat.

Leave a Reply