Input your search keywords and press Enter.

Ops Didik – Saman Dikeluarkan

M Update, 31.1.2019 – Polis telah mengeluarkan 18 saman kepada pelajar dari tiga buah sekolah di daerah Manjung dalam Ops Didik yang dilaksanakan baru-baru ini.

Operasi tersebut telah bermula pada pukul 6.45 pagi hingga 10 pagi itu dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manjung, SMK (C) Nan Hwa dan SMK Batu 10 Lekir.

Antara kesalahan pelajar adalah tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi motosikal.

Seramai dua pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung serta tiga anggota JPJ terlibat terlibat dalam operasi ini.

Selain itu, polis turut mengadakan program keselamatan jalan raya yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar sekolah dan keselamatan pelajar semasa pergi serta pulang dari sekolah.

Ops Didik dilaksanakan di sekitar sekolah di Daerah Manjung bagi mendidik pelajar yang selama ini tidak mengendahkan peraturan jalan raya.

Sumber : K! ONLINE

Leave a Reply