Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: Sarawak, Johor, Selangor Kes Tertinggi

M Update, 28/7/2020 – Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi penambahan kes baharu COVID-19, iaitu 48 kes di antara 19 hingga 25 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata selain Sarawak dua lagi negeri turut mencatatkan pertambahan kes baharu yang tinggi ialah Johor (29 kes) dan Selangor (24 kes).

“Pada minggu epid ke-30 tahun 2020 (iaitu 19 Julai 2020 sehingga 25 Julai 2020), sebanyak 120 kes baharu yang dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.

“Tiga negeri mencatat kes yang tertinggi iaitu Sarawak, Johor dan Selangor,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Berikutan kes tertinggi yang dicatatkan di Sarawak, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan khas ke negeri berkenaan bagi meninjau dan memberi pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan COVID-19.

“Pasukan berkenaan terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, pakar perubatan patologi dan sebagainya. Mereka memberi bekerjasama rapat dengan pasukan pelbagai disiplin di Sarawak,” katanya. – BH Online