Input your search keywords and press Enter.

Cari Nahas!

M Update, 1/2/2019 – Tindakan seorang lekaki 37, menawarkan aktiviti rekreasi menggunakan senjata api tiruan di taman tema di Kota Sentosa, Padawan Sarawak mengundang padah apabila diserbu polis kelmarin.

Polis merampas 14 senjata menyerupai mesingan AK47 dan tiga pucuk pistol tiruan. Serbuan itu dijalankan selepas polis menerima maklumat risikan mengenai tindakan taman tema itu menawarkan aktiviti rekreasi menggunakan senjata api tiruan.

Siasatan awal mendapati senjata yang dirampas digunakan untuk aktiviti ‘Gel Blaster’ dengan bayaran RM15 hingga RM25 setiap pemain. Pemain akan diberikan peluru berbentuk gel yang akan dimasukkan ke dalam kelopak senjata.

Pemilik premis mengaku membeli senjata api tiruan itu dari China dengan harga RM350 hingga RM500 untuk AK47 dan RM100 hingga RM150 untuk pistol.

Katanya, senjata berkenaan ditemui disorokkan suspek di belakang kaunter bayaran. Namun tindakan itu dapat dihidu. Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply