
M Update, 12/12/2024 – Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sudah pun memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta di Selangor yang menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang mengesahkan perkembangan itu menasihati semua pihak bertenang memandangkan pihak berkenaan sudah pun dikerahkan untuk menjalankan siasatan.
Tambah Dr Dzulkefly, isu itu tidak mudah kerana ada pelbagai dakwaan
Susulan kejadian itu, Dr Dzulkefly juga sempat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga terbabit sambil berharap semua pihak tidak menyebarkan cerita yang belum dipastikan kesahihannya.
Kita tunggu hasil siasatan pihak berkenaan dalam mendapatkan fakta yang sebenarnya, sebelum membuat apa-apa andaian.