Input your search keywords and press Enter.

KLIA & KLIA2 Sesak Teruk!

M Update, 1/2/2019 – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan aliran penumpang di kedua-dua terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 akan meningkat hampir 16 peratus ketika tempoh puncak mulai sekarang sehingga 13 Februari 2-19.

Jangkaan itu bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh serentak dengan cuti persekolahan, akan turut menyaksikan MAHB mengendalikan kira-kira 196,000 penumpang sehari.

Bagi menangani lonjakan itu, MAHB menjalin kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang di lapangan terbang itu.

Antara langkah dipertingkatkan MAHB adalah mengendalikan peningkatan aliran lalu lintas di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang di luar lapangan terbang itu.

Pelaksanaan had masa dua minit akan dilaksanakan bagi mengelak kesesakan dan pada masa sama turut mengingatkan penumpang agar tidak meletak kenderaan di laluan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Selain itu, bilangan petugas turut ditambah bagi memastikan kawasan itu diawasi sepanjang masa serta aliran lalu lintas yang lebih lancar.

Diharapkan penumpang dapat memanfaatkan kemudahan serahan beg dan daftar masuk sendiri di kedua-dua terminal yang memendekkan giliran serta tempoh menunggu dan memakan masa hanya seminit menerusi inisiatif digital itu.

Sebanyak 10 pintu automatik baharu yang dilengkapi teknologi biometrik terkini, dipasang bagi menggantikan enam unit lama di ruang berlepas antarabangsa pada bulan lepas.

Sumber : Bernama

Leave a Reply