Input your search keywords and press Enter.

Biden & Xi Jinping Adakan Perbincangan Indo-Pasifik & Hak Asasi Manusia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping mengadakan sidang kemuncak secara maya pada Isnin yang antara lain menyentuh mengenai Indo-Pasifik dan hak asasi manusia, menurut Sputnik.

Penting untuk kedua-duanya berkomunikasi secara terbuka serta jujur dan pemimpin mempunyai tanggungjawab memastikan hubungan tidak terjerumus kepada konflik, memetik kenyataan Rumah Putih – Biden

AS perlu membuat pertimbangan sewajarnya terutamanya mengenai isu global yang penting seperti perubahan iklim. China dan AS perlu meningkatkan komunikasi dan kerjasama

“Kami mempunyai tanggungjawab kepada dunia serta rakyat kami,” – Biden.

Rumah Putih turut menyiarkan gambar ketika berlangsungnya perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu yang turut disertai Setiausaha Negara Antony Blinken. 

Sumber : Bernama