Input your search keywords and press Enter.

Sejarah Penubuhan Hari Wilayah Persekutuan

Sejarah Wilayah Persekutuan bermula apabila Kuala Lumpur yang dahulunya
sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu,

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan persekutuan selepas menyedari hasrat kerajaan persekutuan untuk memiliki sebuah ibu negara yang dapat ditadbir secara langsung.

Melalui Perjanjian Kuala Lumpur, detik bersejarah tercipta apabila Kuala
Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak. Pada 1984, Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua diikuti Putrajaya pada 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini diletak di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan setiap wilayah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL bagi Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan (Labuan) dan Perbadanan Putrajaya (Putrajaya).

Leave a Reply