Input your search keywords and press Enter.

Malaysia di kedudukan pertama kategori Penjagaan Kesihatan Indeks Persaraan

M-Update,7/2/2019, Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata. Memetik akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital yang memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) di negara ini, dan hampir kesemua doktor fasih berbahasa Inggeris.

Malah, kebanyakan doktor di Malaysia mendapat latihan di United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia, maka komunikasi adalah sempurna dan tidak menghairankan Malaysia menjadi destinasi pelancongan popular.Costa Rica News berkata di Malaysia, seseorang itu tidak perlu membuat temu janji berjumpa dengan doktor pakar dan juga tidak perlu rujukan daripada pengamal perubatan, dan hanya ​​​​​​​perlu mendaftar di hospital dan menunggu giliran untuk bertemu pakar.

“Kemudahan di Malaysia ini menyebabkan kos yang rendah berbanding di Amerika Syarikat. Namun, bukan sahaja kos yang menjadi tarikan, tetapi juga perkhidmatan.“Ahli farmasi sama juga seperti kakitangan perubatan lain di Malaysia, terlatih dan bermaklumat. Rakyat Malaysia bersifat mesra, tetapi yang lebih menarik ialah mereka benar-benar mengambil berat terhadap pesakit,” kata akhbar itu. – BERNAMA

Leave a Reply