M Update, 11/2/2019 – JENTERA Fire Rescue Tender (FRT) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 5 Subang, November lalu, dibaling dengan objek keras.
Saksi pertama prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim, Deputi Superintendan Mohd Nasir Rahman berkata, jentera berkenaan dikeliling orang ramai dan dibaling dengan objek keras. Jentera dikelilingi orang ramai dan dibaling. Pada penglihatan saya, jentera di depan (FRT) dibaling di bahagian depan.
“Jentera kemudian berundur dan melanggar van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum ke hadapan dan kembali mengundur, mengundur hingga hilang dari penglihatan saya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah. Beliau berkata demikian pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Sumber : HM Online