Input your search keywords and press Enter.

Kereta Rempuh Empat Motosikal, Dua Maut Seorang Cedera

M Update, 12/2/2020 – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang cedera selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Thean Teik di sini malam ini.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun dikatakan merempuh empat buah motosikal dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya.

Akibat kejadian itu, seorang wanita berusia 41 tahun dan lelaki berusia 58 tahun disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki berusia 21 tahun cedera parah. Mangsa yang maut dikenali sebagai Zainuddin Ahmad, 58, dan Song Lin Na, 41, masing-masing dari Air Itam manakala lelaki yang memasuki laluan utama itu cedera di dada dan muka.

Suffian berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan bedah siasat akan dijalankan pagi esok bagi mengetahui punca kematian. Katanya, pemandu Proton Wira itu ditahan manakala ujian alkohol serta saringan air kencing yang dijalankan menghasilkan keputusan negatif. Bagaimanapun, berdasarkan semakan, lelaki itu pernah dikenakan saman trafik bagi satu kes kemalangan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH Online

Leave a Reply