Input your search keywords and press Enter.

Lepas Gian Di Seberang

M Update, 11/2/2019 – Dah terhantuk baru nak terngadah. Sebelum buat tu tak pula fikir kesan dan akibat.

Sekumpulan rakyat negara ini telah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, jam 9 malam Sabtu lalu.

Selain berhibur dan melepaskan gian dadah di Hatyai dan Danok, Thailand  ada antaranya dikesan mendapatkan bekalan dadah di negara jiran itu.

27 individu berusia 20 hingga 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis syabu dan heroin.

“Operasi ini memfokuskan pengguna jalan raya yang keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand dan kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam. Kebanyakan mereka mengaku mengambil dadah ketika berada di Thailand dan ketika berhibur di sana,” – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Zolkifli Mohd Dom

Selain individu terbabit, tiga lelaki berusia lingkungan 30 tahun ditahan 64.8 gram dadah jenis syabu dirampas di sebuah rumah di Changlun, Kedah.

Kumpulan ini dipercayai mendapatkan bekalan dari negara jiran sebelum mengedarkannya untuk pasaran tempatan. Semua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaan lanjut dan proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sumber : harian Metro

Leave a Reply