Input your search keywords and press Enter.

Anjing diseret guna 4WD

M Update, 12/2/2019 – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular seekor anjing yang diikat dan diseret pada kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max dalam kejadian pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 58 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh orang awam selepas menonton rakaman video tersebut semalam.

Hasil semakan terhadap nombor pendaftaran kereta berkenaan mendapati ia didaftarkan di atas nama anak lelaki suspek dan semasa kejadian, suspek merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut. Berdasarkan siasatan, suspek telah memelihara anjing tersebut sejak lebih setahun lalu dan lelaki itu mahu membuang haiwan itu kerana dikatakan kerap menggigit wayar di rumahnya. 

“Anjing yang mahu dibuang itu diletakkan di bahagian belakang kenderaan namun suspek mendakwa dia tidak sedar haiwan itu terjatuh,” katanya.

Menurutnya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953.

Sumber : Utusan Online


Leave a Reply