Input your search keywords and press Enter.

Diserbu Ketika Tengah “Syok”

M Update 12/2/2019 – Bahana sekumpulan lelaki yang sedang asyik bermain judi belangkas di belakang sebuah rumah di Kampung Lembah Palas, Changlun, Kubang Pasu, bertempiaran lari selepas lokasi itu diserbu polis.

Empat daripada mereka berusia 34 hingga 60 tahun berjaya ditahan termasuk seorang yang berusia 41 tahun, disyaki penganjur permainan itu.

Mereka ditahan anggota pasukan ‘Task Force’ Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, dalam operasi petang semalam.

Pihak polis merampas sebuah meja plastik berkaki besi, satu pinggan kaca berwarna putih, sebuah mangkuk aluminium, dua batang lidi dadu yang mengandungi gambar bunga, ikan, belangkas dan udang. Selain itu, wang tunai turut dirampas berjumlah RM655.

Kesemua mereka yang berasal di sekitar Changlun kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 7 (2)Akta Rumah Judi Terbuka 1952.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply