M Update, 12/2/2019 – Kebakaran di Gunung Baling yang hampir dipadamkan sepenuhnya kembali marak jam 1 pagi tadi.
Kebakaran berlaku di kawasan yang sudah berjaya dipadamkan sebelum ini dan ia berkemungkinan akan merebak ke kawasan baharu.
Api dikesan kembali hidup sekitar jam 1 pagi. Operasi pagi ini bermula jam 8 pagi. Dua pasukan pemadam yang terdiri daripada 15 anggota bomba telah dihantar ke kawasan kebakaran.
Kawasan muka bumi di kawasan yang terbakar bercerun dan mengambil masa satu jam setengah untuk mendaki kawasan itu. Ini melambatkan tindakan bomba untuk memadamkan kebakaran.
Sumber : Harian Metro